Isnin, 16 Mei 2022

Guru besar dan pengetua tidak boleh lagi halang pertukaran guru

 


Guru kini boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975.

Permohonan pertukaran sekolah oleh guru juga kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan.

Mengumumkan keputusan terbaharu itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pengumuman untuk pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini.

Jika dulu, pengumuman untuk pertukaran guru adalah dua kali setahun, tetapi sekarang kita umum empat kali setahun dan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun.

Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan untuk memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru.

Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk yang cemerlang untuk bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain untuk menyumbang bakti.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan 'Guru Tunjang Sekolah Sejahtera' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Radzi berkata, bagi tahun 2021, guru yang berjaya dalam pertukaran berjumlah 55 peratus daripada keseluruhan permohonan.

Secara purata setiap tahun, jumlah permohonan pertukaran guru adalah melebihi 20,000 orang dan tahun lalu kita menerima sebanyak 23,000 permohonan.

Permohonan pertukaran paling tinggi adalah untuk masuk ke Kelantan dengan subjek Pendidikan Islam dan sedangkan guru subjek itu sudah penuh di Kelantan.

Kapasiti guru di Kelantan juga adalah seramai 29,000 orang dan perlu menunggu kekosongan, misalnya guru pencen atau berhenti.

Radzi berkata, Kelantan juga kekurangan guru bagi subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris masing-masing lebih 400 orang guru bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan lebih 200 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Sumber : Berita Harian

Cuckoo Xcel Black

 


Hitam itu menawan. Cuckoo Xcel Black ini baru sahaja dilancarkan dan hanya ada 1,000 unit sahaja. Limited Edition. Model ini jenis sentuh. Pemasangan pertama yang dibuat di Terengganu.

Penapis Air Cuckoo menghasilkan mineral dan air alkali ringan. Bukan RO water seperti kebanyakan penapis air lain. Serendah RM70 sebulan.

Wassap 013 979 0000 jika berminat. Pemasangan di seluruh Malaysia.

Jumaat, 13 Mei 2022

Menara Kuantan 188

 


Menara Kuantan 188 adalah salah satu projek ECER sebagaimana KT Drawbridge di Kuala Terengganu bertujuan untuk membina projek berimpak tinggi yang dapat memajukan sektor pelancongan di ibu negeri.
Kuantan merupakan bandar baharu yang tersusun dan mempunyai sistem jalanraya yang luas. Ini kerana dahulu, ibu negeri Pahang adalah bandar Kuala Lipis. Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan yang ketika itu belum membangun.
Berbeza dengan Kota Bharu dan Kuala Terengganu, kedua-duanya merupakan bandar lama yang telah wujud sekian lama. Sebab itu kita dapat lihat jalanraya di kedua-dua bandar ini agak sempit dan kawasan terhad berbanding Kuantan.

Kami telah memilih waktu malam untuk naik ke Menara Kuantan 188 ini. Harga tiket adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis
Observation Deck : Dewasa RM8.00 / Kanak-kanak RM5.00
Skydeck : Dewasa RM22.00 / Kanak-Kanak RM12.00
Jumaat - Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah
Observation Deck : Dewasa RM15.00 / Kanak-kanak RM10.00
Skydeck : Dewasa RM28.00 / Kanak-Kanak RM18.00

Selasa, 10 Mei 2022

Lirik lagu Cinta Sejati - Aiman & Alin Sidek

 


Cinta Sejati - Aiman & Alin Sidek

Tertutup mata, hilang semua ralat di jiwa
Berantakan merantai ritma yang tersimpan noda
Janji diputus, hati terguris
Membawa rasa hilang tak ada
Ke mana kucari ganti?
Ke mana kucari dia?
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama
Di mana hilangnya cinta?
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi, bermadah pujangga
Beralun resah, mengulit rasa rentap di jiwa
Ternanti-nanti pelangi yang mewarnai dunia
Janji diputus, hati terguris
Membawa rasa hilang tak ada
Ke mana kucari ganti?
Ke mana kucari dia?
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama
Di mana hilangnya cinta?
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi bermadah pujangga
Hari yang bersilih ganti
Kutetap ada di sini
Mencari erti sebenar
Cinta sejati
Ke mana kucari ganti?
Ke mana kucari dia?
Umpama menantikan kepompong jadi rama-rama
Di mana hilangnya cinta?
Seindah bulan purnama
Untukku berpuisi bermadah pujangga


Ahad, 1 Mei 2022

Malaysia sambut Aidilfitri pada 2 Mei 2022

 


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei 2022.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8.00 malam Ahad.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2hb Mei 2022,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.
Mengikut sumber, anak bulan kelihatan di Stesen Cerapan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei 2022

 


Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan tarikh 2 Mei 2022 sebagai 1 Syawal 1443H untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Arab Saudi telah menetapkan 30 April 2022 (29 Ramadan) sebagai tarikh melihat anak bulan Syawal di negara itu.

Keputusan dibuat selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada petang Sabtu.

Anak bulan Syawal 1443 Hijrah tidak kelihatan dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 2 Mei 2022 (Isnin). Bulan Ramadan 1443H akan genap 30 hari pada hari Ahad.

Arab Saudi mula berpuasa pada 2 April 2022 lalu, sehari lebih awal berbanding Malaysia.



Banyak negara raya Isnin, tapi Malaysia mungkin Selasa - Mufti Perlis

 


Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini mungkin jatuh pada Selasa depan, berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya sehari lebih awal, kata mufti Perlis.
Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia mungkin demikian kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).
Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam. 
Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa,” katanya di Twitter hari ini tanpa butiran lanjut.
Berpandukan kriteria baru Mabims, hilal ditentukan mengikut altitud 3 darjah dan longitud 6.4 darjah.
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih. Tarikh Aidilfitri akan diumumkan selepas itu.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 April memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Asri ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia tidak mempertikaikan kaedah Jakim. Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.
Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya, katanya. Berkaitan perbezaan kaedah lama dan baru, ia hanya melibatkan perkara teknikal.
Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak.
Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian, katanya.
Bagaiamanapun, Asri berkata rakyat di negara ini hendaklah memakai apa yang diputuskan di Malaysia.
Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan, tambahnya.
‘Perlis, Langkawi penuhi kriteria baru’
Sementara itu, di Indonesia, Pusat Sains Antariksa Badan Riset dan Inovasi Nasional (Brin) dilaporkan berkata keadaan hilal di Indonesia memenuhi kriteria ditetapkan Mabims kerana berada pada sudut 3.75 darjah (di Merauke) hingga 5.55 darjah (Sabang).
Sekiranya hilal dapat dilihat di Kota Sabang, Banda Aceh, dan Jantho, ia bermakna Indonesia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei ini.
Namun, ia mungkin tidak sama dengan negara jiran seperti Malaysia, Brunei dan Singapura yang bakal menyambut 1 Syawal pada 3 Mei nanti," kata peneliti Brin Andi Pangerang.
Katanya, antara ketiga-tiga negara Mabimbs, hanya Malaysia berpotensi menyambut lebaran pada hari sama dengan Indonesia kerana Langkawi dan Perlis memenuhi kriteria baru itu.
Indonesia akan turut melihat anak bulan Syawal pada 1 Mei.
Sumber dari MalaysiaKini

Sabtu, 30 April 2022

Teh bantu cegah kanser dan sakit jantung

 


Sebuah kajian terbaharu mendedahkan bahawa minuman teh boleh dijadikan ‘ubat’ untuk melawan kanser dan penyakit jantung selain mengurangkan risiko demensia, lapor akhbar The Sun.

Pakar-pakar menyatakan, secawan teh boleh mengurangkan tekanan dan membantu badan manusia melawan kuman.  

Keputusan kajian itu akan menggembirakan rakyat Britain yang gemar minum teh. Rakyat negara itu minum sekitar 100 juta cawan teh sehari.

Minuman ini mudah diselitkan pada diet seseorang dan menjadikan hidup mereka bertambah sihat dan panjang, kata penyelidik kajian, Dr. Taylor Wallace.

Dalam pada itu, Majlis Teh Amerika Syarikat (AS) menemui manfaat sebatian flavonoid yang didapati pada teh hitam, teh hijau dan teh herba. Teh dapat menguatkan sistem imunisasi dan membantu peminumnya  melawan jangkitan bakteria atau virus.

Kajian berasingan yang dilakukan di Australia pula mendapati mereka yang minum antara satu hingga lima cawan teh sehari mempunyai risiko demensia lebih rendah. Teh juga boleh mengurangkan tekanan dalam jangka pendek dan membantu manusia untuk lebih fokus. 

Kajian selanjutnya mendapati secawan teh yang diminum pada setiap hari boleh mengurangkan risiko strok atau penyakit jantung sehingga empat peratus dan kematian pada usia muda sebanyak 1.5 peratus.

Kajian tersebut juga mencadangkan bahawa flavonoid boleh membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser pada usus.

Terdapat kajian pada badan manusia yang menunjukkan teh boleh meningkatkan kesihatan manusia dalam pelbagai cara,’’ kata pakar perubatan, Dr. Jeffrey Blumberd dari Universiti Tufts di Boston, AS. 

Sumber Berita Agensi

Gerhana matahari separa dari Antartika

 


Penduduk Malaysia khususnya peminat astronomi berpeluang menyaksikan kejadian gerhana matahari separa secara langsung dari benua Antartika pada Ahad, 1 Mei 2022 ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia bakal disiarkan menerusi saluran Youtube dan Facebook rasmi Planetarium Negara bermula pukul 2.30 pagi.

Siaran langsung ini akan beri peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan fenomena itu kerana kali ini ia tidak dapat disaksikan terus dari mana-mana lokasi di Malaysia.

Fenomena itu juga merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun ini dan turut berlaku di sekitar wilayah rantau Amerika Selatan yang berhampiran Antartika.

Fenomena tersebut akan bermula dengan fasa separa pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia sebelum mencapai litupan maksimum menjelang 4.41 pagi dan ia dijangka berakhir 6.37 pagi.

Ketika kemuncak kejadian berkenaan, litupan matahari secara maksimum akan mencecah sehingga 64 peratus namun bergantung kepada lokasi pencerapan di sekitar Kutub Selatan.

Lokasi paling awal yang dapat menyaksikan fenomena gerhana separa tersebut ialah di sekitar tenggara Lautan Pasifik.

Ini diikuti dengan sebahagian besar benua Antartika sebelum pergerakannya menuju ke arah benua Amerika Selatan dan berakhir di sebahagian Lautan Atlantik.

Kejadian alamiah itu berlaku kira-kira 4.7 hari lagi sebelum bulan berada pada kedudukan apogee iaitu titik orbit bulan yang paling jauh dari bumi dengan jaraknya 405,286 kilometer.

Magnitud gerhana matahari separa itu ujarnya, adalah 0.6396 dengan kadar maksimum dijangka dapat disaksikan di Drake Passage, kawasan antara Antartika dan Amerika Selatan.

Sumber dari Kosmo!

Kembar seiras miliki nama sama

 


Sepasang bayi kembar lelaki di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian di media sosial kerana memiliki nama yang sama, lapor akhbar Mirror UK.

Keluarga bayi kembar seiras itu menamakan anak mereka Brendan.

Seorang bayi kembar itu dinamakan Brendan Junior,  manakala seorang lagi Brendan III.

Keunikan nama mereka mengundang kecaman netizen yang menganggap ia sangat mengelirukan dan akan menyusahkan pasangan kembar itu apabila dewasa.

“Menamakan dua anak dengan nama sama patut diharamkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Memiliki nama sama sangat comel ketika kecil tetapi kedua-duanya akan tetap membesar menjadi dua individu berbeza,” kata netizen lain.

Sumber Berita Agensi

Jumaat, 29 April 2022

Kuat merokok punca serangan jantung

 


Tabiat me­rokok menjadi punca utama pe­nyakit jantung dalam kalangan kaum lelaki di negara ini sehingga membawa kepada kematian pada usia muda seawal 30 tahun.

Felo Klinikal Kardiologi & Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, ramai rakyat negara ni menyedari tabiat itu memberi kesan buruk atau mudarat terhadap kaum lelaki.

Tabiat merokok mampu memberi kesan kepada saluran darah. Jika keadaan itu berlanjutan, ia akan menyebabkan saluran darah tertutup sehingga berlaku keradangan akibat nikotin. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlaku serangan jantung.

Menurut beliau, selain merokok, penyakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi disebabkan pemakanan dan genetik turut menyumbang kepada serangan jantung.

Jelas Dr. Iskandar, bagi kes kematian mengejut ketika bersukan pula, kebanyakannya adalah disebabkan rentak jantung yang tidak normal.

“Ada banyak faktor menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal antaranya seseorang itu mempunyai sejarah serangan jantung. Selain itu, ada sesete­ngah lelaki dilahirkan dalam keadaan jantung tidak normal.

“Oleh itu apabila bersukan atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga, jantung perlu mengepam lebih kuat seterusnya menyebabkan rentak jantung bermasalah dan terhenti secara tiba-tiba,” ujarnya.

Dr. Iskandar turut menegaskan, lelaki di negara ini perlu melakukan pemeriksaan jantung pada peringkat umur awal bagi mengesan sebarang tanda tidak normal pada organ tersebut.

Di United Kingdom misalnya, pemeriksaan jantung dalam kalangan lelaki dibuat seawal usia 20 tahun. Jika normal mereka perlu melakukan pemeriksaan secara rutin dalam masa tiga hingga empat tahun sekali.

Namun di Malaysia, masih belum ada pemeriksaan mandatori secara spesifik dan kebanyakan lelaki hanya membuat pemeriksaan ketika usia mereka sudah meningkat 40 tahun,” katanya.

Perkara itu perlu diubah dan pemeriksaan yang lebih awal serta kerap perlu dilaksanakan sekali gus dapat mengambil langkah proaktif bagi mengelak kematian awal.

Kematian pada usia muda akibat serangan jantung semakin me­ningkat sejak pandemik Covid-19 disebabkan tekanan di tempat kerja dan masalah kewangan yang memberi kesan kepada golongan tersebut.

Pakar-pakar kesihatan mendedahkan berdasarkan maklumat sebahagian orang muda berusia dalam lingkungan 30-an yang meninggal dunia tidak me­nyedari mereka mempunyai masalah pada jantung. 

Sumber dari Kosmo!

Keputusan rayuan kemasukan sekolah khusus pada 29 April 2022

 


Keputusan rayuan kemasukan ke sekolah khas bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 akan diumumkan pada 29 April 2022.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi sidang akhbar khas.

Menurut Dr. Radzi, ibu bapa serta pelajar yang bakal memasuki tingkatan 1 dan 4 boleh membuat semakan permohonan rayuan mereka ke sekolah khas bermula tarikh tersebut. 

Hot Set Nurraysa jadi pilihan wanita

 


Jenama produk Nurraysa.com menawarkan koleksi Hot Set bagi memberi pilihan kepada pelanggannya untuk kelihatan berseri dan bergaya ketika menyambut hari raya.

Set tersebut menawarkan dua rangkaian produknya iaitu Glowing DD Moist Cake (DDMC), kosmetik mesra wuduk yang pa­ling laris dan mempunyai banyak kelebihan serta digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula.

Pengasasnya, Nur Aini Zol­kepeli berkata, Hot Set me­rupakan produk mesra wuduk paling popular dan ia telah diper­kenalkan di pasaran sejak tahun 2015.

Biarpun kedua-dua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun berada di pasaran, ia terus menjadi produk paling laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak berada di pasaran pada 2015.

Produk ini pastinya tidak merosakkan kulit, malah dengan cara mudah bersolek sepantas lima minit, kulit anda akan berseri dalam masa lima saat.

Ia juga mudah ditanggalkan kerana ia dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya kali ini akan lebih sempurna dan praktikal bagi wanita kerana tidak perlu bersolek terlalu lama

Glo­wing DDMC merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.

Ia dihadirkan dengan dua tona warna dan kulit agar ia tidak bercapuk atau berminyak walaupun di bawah terik matahari.

Produk Magic Lipstick pula tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir jka memakainya setiap hari. Ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan bibir sentiasa segar serta cantik dengan senyuman.


Wanita lebih berisiko mati akibat asma berbanding lelaki

 


Golongan wanita mempunyai risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat serangan asma berbanding lelaki, lapor akhbar The Sun.

Sebuah badan kebajikan Britain, Asthma + Lung UK mendedahkan punca peningkatan risiko itu adalah disebabkan oleh hormon seksual wanita iaitu estrogen yang menyebabkan serangan pernafasan menjadi lebih serius.

Ketua Pegawai Eksekutif Asthma + Lung UK, Sarah Woolnough berkata, kebanyakan lelaki yang menghidap asma ketika kecil berjaya mengatasi keadaan itu apabila meningkat dewasa.

“Berbeza dengan wanita, hormon seksual lelaki iaitu testosterone membantu menguatkan saluran pernafasan yang sempit apabila serangan asma berlaku.

“Hormon estrogen dan progesterone wanita pula menjadikan simptom asma semakin memburuk,” jelas Woolnough.

Wanita dewasa adalah 2.5 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital akibat serangan asma berbanding lelaki dan lebih berkemungkinan sukar mengawal keadaan itu.

Sementara itu, pakar-pakar menyeru agar lebih banyak penyelidikan dijalankan untuk lebih memahami mengapa wanita terjejas teruk jika mendapat serangan asma.

“Dengan memahami peranan hormon seks dalam penyakit asma, kita boleh mengubah kehidupan berjuta-juta wanita di seluruh dunia,” kata Woolnough.

Sumber berita Agensi

Saintis dedah manusia berketurunan makhluk asing

 


Kajian terbaharu sepasukan saintis Jepun mendedahkan bahawa manusia berkemungkinan ialah makhluk asing yang menjelajah Bumi dari sebuah planet yang terletak bertrilion batu jauhnya, lapor akhbar The Sun.

Blok binaan kimia dalam asid deoksiribonukleik (DNA) manusia telah dikesan buat kali pertama dalam asteroid yang melanda Bumi berbilion tahun lalu.

Ini bermakna, benih kehidupan Bumi mungkin berasal dari tempat lain di alam semesta dan manusia boleh berkembang maju di sebuah planet yang tidak diketahui lokasinya.

Sampel daripada tiga meteorit yang kaya dengan karbon dipanggil Murchison, Murray dan Tagish Lake, telah dianalisis menggunakan teknik terkini.

Profesor dari Universiti Hokkaido, Yasuhiro Oba memberitahu bahawa pasukannya menemui pelbagai jenis bahan organik, termasuk nukleobase dalam blok binaan asas kehidupan manusia.

Ini mungkin dihantar ke Bumi melalui asteroid, meteorit, komet dan zarah debu antara planet empat bilion tahun lalu apabila planet kita dihujani oleh serpihan dari angkasa lepas.

Kami percaya kemasukan bahan organik ini memainkan peranan penting dalam evolusi kehidupan di Bumi.

Ini adalah penemuan yang sangat menarik yang meluaskan pemahaman kita tentang bagaimana kehidupan bermula. 

Sumber berita Agensi