Top Ad 728x90

17 Ogos 2016

,

Unsuccessful. Account is not authorised. Reject code 0076

Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

Foto : http://www.szehau.net/

Jika pemegang akaun Maybank ingin buat pindahan wang atau bayar bil, anda mendapat mesej ini "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]" Ia bermaksud pemegang akaun ada baki tertunggak samaada kad kredit atau pinjaman dengan Maybank. Bank telah bekukan akaun. Wang boleh masuk tetapi wang dalam akaun tidak boleh dikeluarkan atau pindah wang / bayar bil melalui Maybank2u. Setelah wang dalam akaun mencukupi untuk membayar baki tertunggak tersebut, baru akaun bank tersebut akan dibuka kembali. Bank akan mendebit terus jumlah tertunggak tersesbut. Cara paling cepat untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menghubungi dan berunding dengan Bahagian Kad Kredit atau Bahagian Pinjaman di mana anda berhutang.

Jika anda tiada baki tertunggak atau apa-apa hutang dengan Maybank, mesej "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]", berkemungkinan akaun simpanan anda terlampau aktif. Terdapat terlalu banyak urusniaga wang masuk dalam masa sehari. Biasanya bank akan membekukan akaun simpanan anda buat sementera waktu. Untuk membuka kembali akaun Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank. Pegawai Bank akan mengaktifkan kembali akaun anda.

Jika anda menelefon Maybank Customer Service, biasanya mereka tidak dapat memberikan penjelasan tentang masalah "reject code 0076" tersebut. Sebaiknya terus ke cawangan Maybank untuk bertanya.


12 Comments:

  1. Baru kena sebentar td..akaun terlalu aktif..da byk kali kena..tp esok ok da..tak pyh pergi cwgn maybank.quiet24 hour..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl ke xpyh ke bank...cik ridwan sulaiman...sbb sy pon dh terkena ni

      Padam
  2. betul 2 hari lepas kena mcm tu. pagi tengah hari dah boleh guna. ni kena balik mcm tu xlebih 20kli kluar masuk pon boleh kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Akaun Simpanan tak boleh aktif sangat nanti bank akan block sementara.

      Padam
  3. Saya ingin dapatkan no call untuk saya buat semakan akaun saya disekat.

    BalasPadam
  4. Berkenaan perkara di atas ac maybank sy x blh nak tranfer ke ac lain. keluar 'AC NOT AUTHORISED' tp sy blh keluar kan simpanan di Atm mcmana ya ada kah kena rujuk pd Bank atau ada cara lain nak selesai kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya tuan kena hubungi Nombor Khidmat Pelanggan Maybank : 1 300 88 6688 atau terus ke Cawangan Maybank di mana akaun bank tuan dibuka.

      Padam
  5. maaf bertanya.. acc saya dh bberapa bulan dh kena beku sebab memang acc saya trlalu aktif transaksi. dulu pernah kena dan lepas tu ok balik tp kali ni kena lagi dan sampai berbulan dh x dpt guna,, duot masuk dpt.. mcm mana nk sttle selain perlu ke bank? musim covid mcmni takut nak ke bqnk

    BalasPadam
  6. acc saya kene block nk log in online banking tibe kluar " acc is not authourised so kene tggu a few day ke ?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90