Top Ad 728x90

28 November 2018

, , , , ,

Cari pasal tak hadir mahkamah

pendakwaan waran tangkap tak hadir mahkamah

 

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki kerana gagal hadir prosiding pertuduhan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan waran itu terhadap tertuduh, Mohd Tariq Zaid Ismail, 32, dari Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.

Sebelum ini, tertuduh didakwa membiakkan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes di dalam alas pasu bunga berisi air yang berada di tiang rumah ruang depan rumahnya, di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus, dalam operasi gempur aedes, jam 9.50 pagi pada 25 Oktober 2016.

Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, Nooreen Azniewati Amaran.

Noradila seterusnya menetapkan 24 Disember 2018 untuk sebutan semula kes.

Sumber : Sinar Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90