Khamis, 6 Februari 2020

Le Tour de Langkawi LTdL 2020


Saingan LTdL 2020 bermula dengan acara “pemanas badan” Kriterium Antarabangsa Malaysia di KOta Kinabalu, Sabah sebelum bermula jelajah sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

LTdL 2020 akan berpindah merentasi Laut China Selatan menuju ke Kuala Terengganu untuk Peringkat 2 pada Sabtu ini sebelum meneruskan kayuhan ke Pantai Timur.

Perjalanan seterusnya menyusuri Pantai Barat menuju ke utara untuk saingan penamat Peringkat 8.

Perlumbaan 8 peringkat akan berakhir di Langkawi pada 14 Februari sebelum tirai dilabuhkan dengan perlumbaan sampingan Klasik Antarabangsa Malaysia dianjurkan sempena sambutan jubli perak LTdL pada 15 Februari.
 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.