Top Ad 728x90

18 Februari 2020

Pengasas kicap Jalen meninggal


Usahawan dan Pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Hantaran itu menyatakan Ab Jalil menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang, namun tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Kebun Teh di sini selepas waktu solat Isyak.
 
Jalen Sdn Bhd memulakan operasi perniagaannya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utama syarikat berkenaan ketika itu ialah untuk membekalkan secara kontrak kicap yang diberi jenama Habhal.

Bagaimanapun perjanjian telah ditamatkan pada November 1986 mengakibatkan syarikat terpaksa bergerak sendiri sebelum akhirnya berjaya memulakan era baharu pada Ogos 1988 iaitu membekalkan kicap dengan nama baharu, kicap Jalen di pasaran.
 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90