Top Ad 728x90

17 September 2020

Dinasour World di Zoo Melaka pada November 2020

diansour world di zoo melaka

 

Zoo Melaka akan membuka Taman Tema Dinosaur World, antara yang terbesar di Asia Tenggara bagi menarik kedatangan pengunjung pada November 2020. Pembinaan taman tema itu yang dibangunkan atas tanah seluas 25.9 hektar telah siap dan kini pihaknya sedang melaksanakan proses mereka bentuk.

Projek taman tema ini merupakan kolaborasi di antara MPHTJ dengan syarikat swasta bagi mewujudkan pameran pelbagai spesies dinosour berbentuk robotik yang akan memberikan pendidikan dan pengetahuan kepada pengunjung.

Pengunjung yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak berpeluang mempelajari mengenai makhluk purba yang telah pupus di dunia itu. Zoo Melaka menerima kira-kira 60,000 pengunjung dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 50 peratus dengan pembukaan taman tema tersebut nanti..

Selain taman tema ini kita ada dua lagi tarikan baharu iaitu pameran burung peringkat antarabangsa serta penambahan tiga ekor orang utan dari Zoo Taiping dan seekor dari Zoo A’ Famosa Resort.

Harga tiket kemasukan dewasa dijual pada harga RM25 manakala kanak-kanak RM15. Sementara itu bagi pakej keluarga pula berharga RM64 bagi dua dewasa serta dua kanak-kanak.

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90