Top Ad 728x90

24 September 2020

,

Portal mySIKAP JPJ untuk Pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan

Portal mySIKAP JPJ untuk Pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan

 

Portal mySIKAP adalah perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di mana anda boleh melakukan transaksi dalam talian melibatkan urusan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Transaksi Yang Boleh Dilakukan Di mySIKAP:

Kenderaan

Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

Lesen Memandu

Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

Kesalahan dan Penalti

Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

Daftar di : https://public.jpj.gov.my/

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90