Top Ad 728x90

24 September 2020

,

Wasiyyah Shoppe tawar peluang jadi perunding perancangan harta

Wasiyyah Shoppe tawar peluang jadi perunding, perancangan harta ikut syariah

 

Wasiy­yah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe) menawarkan peluang kepada rakyat di negara ini untuk menyertai syarikat sebagai perunding dan membantu me­ningkatkan kesedaran orang ramai tentang perancangan harta mengikut kaedah syariah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, berbeza dengan pengalaman yang dilalui sektor perkhidmatan lain, selepas dilanda pandemik Co­vid-19, permintaan untuk per­khidmatan perancangan harta te­lah mening­kat secara mendadak.

Menurut Ariffin, sehingga 31 Disember ini, Wasiyyah Shoppe menawarkan 50 peratus diskaun fi pendaftaran bagi masyarakat yang berminat untuk menceburi peluang keusahawan unik ini.

Tambah beliau, peluang ke­usahawan ini sangat sesuai untuk individu yang bergiat di dalam industri perancangan kewangan­ dan harta seperti perunding takaful dan insuran, perun­ding saham amanah, perunding pelaburan dan perun­ding hartanah.

Jelasnya, ini kerana perkhidmatan perancangan har­ta Wasiyyah Shoppe melengkapkan tawaran perkhidmatan pelaburan dan perlindungan yang ditawarkan mereka.

Ariffin menerangkan, perun­ding Wasiyyah Shoppe akan dilatih supaya mempunyai pe­­n­ge­tahuan tinggi di dalam bidang perancangan harta seperti wasiat, hibah, harta sepencarian dan amanah serta proses tuntutan harta pusaka berkaitan di Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Jelas beliau, perunding Wasiy­yah Shoppe juga perlu memiliki kelebihan untuk belajar terus daripada pakar undang-undang syariah dan sivil yang terdiri dari panel syariahnya dan jemputan pakar undang-undang melalui sesi yang kerap dianjurkan syarikat sepanjang tahun.

“Kami tidak semata-mata menekankan aspek jualan dan pendapatan, malah lebih pen­ting lagi melalui modul yang telah diba­ngun dan diperkukuh sepanjang 16 tahun beroperasi, kami melatih perunding daripada aspek amanah ilmu iaitu me­nyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat kerana kita akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat atas segala tindakan kita,” terang beliau

Melalui Dasar Keusahawanan Perunding (DKP) 2025 yang baru dilancarkan, perunding Wasiyyah Shoppe akan dibentuk menjadi profesional muslim yang bekerja dengan kemahiran dan ilmu yang mantap, dihormati masyarakat serta beretika dan bermoral dalam menjalankan perniagaan.

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90