Top Ad 728x90

9 Disember 2020

, , ,

Honda CR-V versi baharu

Honda CR-V baharu

 

Honda Malaysia menerima banyak tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V Baharu dengan peningkatan 180 peratus selepas sebulan ia diperkenalkan ke dalam pasaran.

CR-V yang turut membawa maksud 'Comfortable Runabout Vehicle' adalah model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada 2003.

Ia juga model pertama Honda di negara ini yang menerima sistem keselamatan termaju Honda Sensing sebelum dipasang pada model-model lain selepas itu.

Sesuai sebagai kenderaan SUV serba guna ia juga kini dilengkapi Honda LaneWatch, prestasi dinamik dengan pilihan sistem pacuan empat roda (4WD) selain ruang dalaman yang luas serta selesa dengan kapasiti but 522 liter sehingga 1,084 liter sebaik kerusi belakang dijatuhkan.

Model ini tampil dengan gril kemasan hitam serta lampu hadapan signatur Honda dan bampar hadapan dengan gaya sayap baharu 'fascia' krom.

Bahagian belakang tampil dengan krom gelap, lampu belakang 'smoke', bampar dengan ekzos berkembar dan rim aloi 18 inci dwi-tona rekaan terkini.

Selain pintu but dengan kuasa elektrik, CR-V Baharu juga didatangkan dengan Penghidup Enjin Kawalan Jauh membolehkan pemiliknya menghidupkan enjin dan pendingin hawa dari luar tanpa perlu membuka kunci kenderaan.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Perak Metalik Lunar, Merah Mutiara Passion, Steel Metalik Modern, Olive Metalik Gelap dan Putih Mutiara Platinum.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V ditawarkan dengan tiga varian pada harga RM139,912 (2.0L 2WD), RM157,615 (1.5L TC-P 2WD) dan RM162,910 (1.5 TC-P 4WD) (semua harga atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan).

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90