Top Ad 728x90

21 Mac 2021

, ,

Astro Lancar Dekoder Ulti Box

Dekoder Ulti Box

 

Astro melancarkan pula dekoder Ulti Box – gabungan kotak TV satelit dan jalur lebar generasi terbaru mereka yang menawarkan kandungan internet pada resolusi HD.

Dua tahun lalu, Astro telah melancarkan dekoder Ultra Box dengan kemampuan penstriman kandungan 4K. 

Dari segi rekaan ia mirip dengan Ultra Box kerana tubuh kelihatan seperti ceper dengan bahagian sisi dibulatkan. Ciri mengakses saluran satelit Astro dan kandungan VOD mereka masih lagi sama pada Ulti Box kerana menyokong penstriman menggunakan WiFi. Sistem storan awanan untuk kandungan yang dirakam dan ciri Play From Start turut boleh diakses pengguna Ulti Box ini.

Bagi pelanggan pakej bulanan bawah RM100 sedia ada, kos menggantikan kotak TV sedia ada ke Ulti Box adalah RM49 sahaja. Bagi pelanggan pakej melebihi RM100, Astro menyarankan penukaran ke Ultra Box yang mampu menawarkan kandungan pada resolusi lebih tinggi. 

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90