Top Ad 728x90

1 April 2021

, , , , ,

Astro tawar kesemua 51 perlawanan langsung Euro 2020 dalam 4K UHD

 

Selepas ditangguhkan selama setahun, kejohanan bola sepak UEFA Euro 2020 bakal membuka tirai secara rasminya pada Jun ini.

Astro selaku penyiar rasmi temasya bola sepak tersebut akan membawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung dalam 4K Ultra High-Definition (UHD) menerusi saluran 871 dan 872.
 
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata pelanggan Pek Sukan akan mendapat akses percuma dan pek berkenaan juga akan dinaik taraf ke Ultra Box.
 
Azlin berkata Astro juga akan menganjurkan aktiviti menonton bersama pelanggan di restoran dan rangkaian hotel yang merupakan rakan-rakan perniagaannya bagi menggalakkan tontonan secara sah.
 
"Kami ingin memastikan bahawa kami menyokong inisiatif di luar. Ia bukan hanya mengenai industri makanan dan minuman dan permainan bola sepak yang cuba menarik pelanggan. Ini juga bagi memastikan bagaimana kami dapat menolong mereka meringankan beban pemasaran.
 
"Jadi kami bercakap mengenai cagaran pemasaran yang kami sediakan seperti menyediakan papan tanda dan lampu supaya kami betul-betul membantu perniagaan itu. Usaha ini bagi memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan siaran UEFA Euro 2020.
 
"Oleh itu, kami sangat komited untuk memastikan bahawa mesej itu tersebar dan usaha kami dalam menyokong industri makanan dan minuman serta sektor swasta dan perhotelan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen bola sepak berkenaan di Sunway Pyramid.
 
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee dan Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin.
 
Sementara itu, Choong Kay berkata selain perlawanan langsung, Astro juga akan membawakan pelbagai kandungan sampingan sempena kejohanan bola sepak itu.
 
"Dengan pandemik yang berlaku sekarang, tentunya, kami melakukan segala-galanya secara maya.
"Disebabkan wabak ini, kami mendapat akses yang lebih mudah kepada pakar hebat yang sangat bernas yang dapat menyokong program untuk sepanjang musim UEFA Euro ini.
 
"Oleh itu, bukan sahaja perlawanan secara langsung, kami juga menawarkan segalanya buat anda. Kami mempunyai analisis, sorotan, kami mempunyai segalanya," katanya. 
 
Euro 2020 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini dengan perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali pada jam 3 pagi waktu Malaysia.
 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90