Top Ad 728x90

2 Mei 2021

Tips elak cepat dahaga ketika berpuasa

 

1. Jangan minum banyak air ketika sahur

Jangan minum air dalam jumlah yang banyak semasa sahur kerana buah pinggang akan membuangnya dalam beberapa jam. Lebih baik anda memanjangkan jumlah air yang diminum dari waktu berbuka sehingga waktu bersahur. Doktor Ayman al-Hady menasihatkan individu untuk mengelakkan air yang sangat sejuk ketika berbuka kerana ia boleh menyekat kapilari darah sehingga sukar mencerna makanan.

2. Jangan minum air mengandungi kafein

Elakkan air yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman ringan kerana sifat diuretiknya menyebabkan badan kehilangan air dengan cepat.

Sebaiknya minum air yang mengandungi karob dan bunga raya yang tidak mengandungi warna tiruan kerana ia boleh melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit. Kumpulan minuman ini mampu melembapkan badan dan mengimbangi kehilangan cecair.

3. Hindari makanan masin

Hindari makanan masin seperti pickles, zaitun, dan ikan masin serta makanan yang mengandungi sejumlah besar rempah. Makanan tersebut akan meningkatkan kemungkinan keasidan perut dan secara tidak langsung meningkatkan keperluan tubuh untuk memproses cairan. Jadi, ia akan memberi anda rasa dahaga.

4. Makan makanan mengandungi serat dan air

Ketika sahur, pastikan anda minum jumlah air yang mencukupi dan makan makanan mengandungi serat yang baik untuk mengurangkan rasa lapar dan dahaga. Anda boleh makan buah-buahan yang mengandungi serat makanan dan air seperti tembikai dan anggur. 

5. Makan sayur

Makan sayur-sayuran seperti timun, kerana ia akan menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan serta membantu melegakan gangguan saraf. Timun mengandungi serat makanan selulosa yang memudahkan pencernaan, membuang toksin, dan membersihkan usus.

Sebaik-baiknya, lambatkanlah sahur agar anda dapat menahan rasa dahaga pada siang hari. Kurangkan pengambilan gula untuk mengelakkan rasa dahaga yang lebih tinggi.

Sumber: Egypt Independent

 

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90