Top Ad 728x90

27 Jun 2021

,

MEASAT perlukan masa untuk selesaikan penstabilan satelit dan isyarat

 

Pihak MEASAT Global Bhd (MEASAT) memerlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sepenuhnya proses penstabilan satelit dan isyarat yang kompleks.

Dalam satu kenyataan media hari ini, MEASAT berkata, tempoh masa yang lebih lama diperlukan selepas pihaknya merekodkan tahap penurunan perkhidmatan berselang.
 
Tahap penurunan itu dibuat sewaktu pemantauan perkhidmatan satelit yang telah pulih daripada insiden anamoli di MEASAT-3 baru-baru ini.
 
“Untuk memastikan semua perkhidmatan beroperasi sepenuhnya pada tahap optimum dan akan dikekalkan dalam jangka panjang, kami meneruskan tahap pemantauan dan penyelenggaraan yang kritikal, dengan pasukan penuh bertugas untuk memastikan tahap prestasi sasaran dapat dicapai dengan segera dan dapat dijaga sepenuhnya.
 
“MEASAT menyesali kesulitan yang ditimbulkan. Untuk kemas kini terkini, sila layari www.measat.com,” menurut kenyataan itu lagi.
 
Pada 22 Jun lepas, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan satelit, dan pembekal satelit memaklumkan mereka memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi.
 
Bagaimanapun, gangguan perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran menggunakan satelit MEASAT-3 sejak 21 Jun lalu berjaya dipulihkan.
 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90