Top Ad 728x90

26 Jun 2021

,

Penipu jualan online ditangkap polis

scammer penipu jualan internet

 

Sejak akhir-akhir ini banyak penipuan internet dilaporkan. Seramai 10 individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan jual beli secara online.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang, Perak, Kedah dan Kelantan.

“Enam lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 52 tahun ditahan yang mana empat daripada mereka merupakan pemilik akaun manakala bakinya adalah pemilik alamat IP yang digunakan untuk menipu mangsa. Mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suspek mengiklankan barangan seperti tablet, telefon pintar dan konsol permainan PS4 menerusi platform e-dagang.

Pembeli yang berminat kemudiannya akan dihubungi namun barangan yang dijanjikan tidak diterima selepas pembayaran dibuat.  

Jika anda pernah ditpu dalam jualan melalui internet, jangan takut untuk melaporkan kepada pihak polis.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90