Top Ad 728x90

15 Jun 2021

, , ,

Sakit kepala, hidung berair gejala umum Covid-19 varian Delta

 

Gejala umum dijangkiti Covid-19 ketika ini sudah berubah ketika varian Delta mula mengganas di beberapa negara termasuk Britain.

Berdasarkan kajian menerusi aplikasi Zoe Covid Symptom, sakit kepala, sakit tekak dan hidung berair merupakan gejala paling banyak dihidapi pesakit Covid-19 ketika ini.

Ketua pengkaji, Prof. Tim Spector berkata, varian Delta akan menyebabkan pesakit Covid-19, terutamanya golongan muda berasa mereka hanya terkena selesema yang teruk.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran bahawa biarpun gejala yang dihidapi tidak serius, namun masih boleh berjangkit dengan mudah, terutamanya kepada golongan berisiko.

“Kebanyakan yang dijangkiti ingat mereka kena selsema biasa dan masih boleh keluar berjumpa dengan orang.

“Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan kadar jangkitan sukar dikawal,” katanya.

Selain itu, Spector menjelaskn, gejala yang biasa dihidapi pesakit Covid-19 sebelum ini iaitu demam, batuk, hilang deria rasa dan bau sudah semakin berkurangan.

“Kesemua gejala lama itu tidak lagi tergolong dalam 10 gejala utama Covid-19 ketika ini,” ujarnya.

Sumber dari Berita Agensi

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90