Top Ad 728x90

22 Jun 2021

,

Tips mengawal paras gula dalam darah

Mengawal paras gula dalam darah

 

Ramai beranggapan bahawa penyakit Diabetes

Menurut ‘Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey 2019)’, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta individu  berumur lapan belas tahun ke atas di Malaysia menghidapi diabetes (1).

Faktor utama dan kesan

Antara faktor utama penyakit diabetes adalah apabila paras gula dalam darah tinggi disebabkan oleh kekurangan hormon insulin.

Fungsi utama insulin adalah menurunkan gula dalam darah dengan cara membuka pintu pada sel-sel untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel secara terkawal.

hanya akan dihidapi oleh golongan tua atau berlebihan berat badan sehingga mereka tidak peka dengan risiko yang bakal dihadapi.

Apabila insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak dapat berfungsi dengan optimum, ia akan menyebabkan glukosa meningkat di dalam darah.

Sebagai contoh, jika anda sering mengambil makanan tinggi kandungan gula, ia boleh membebankan sel di dalam pankreas yang boleh melemahkan sel-sel dalam jangka masa panjang.

Sel-sel ini kemudian akan  mati seiring dengan peningkatan usia dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah.

Jika tidak dicegah dari awal, paras gula akan terus meningkat dan berpotensi mengakibatkan kerosakan kepada jantung, mata, buah pinggang dan kaki.

Rawatan terbaik

Bagi mencegah penyakit diabetes, masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak menghidapi masalah kesihatan yang serius kelak.

Apa yang paling penting adalah pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, rendah lemak dan kalori serta makan dalam kuantiti sederhana pada waktu yang sama setiap hari.

Selain itu, salah satu cara yang efektif adalah mengurangkan berat badan dengan diet yang seimbang dan kerap melakukan senaman.

Apabila berat semakin kurang, maka sel-sel badan akan menjadi lebih peka kepada insulin seterusnya tahap gula yang lebih stabil.

Bagi pesakit yang ingin mengawal diabetes dengan lebih cekap, pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan untuk mengambil produk formula khusus diabetes yang rendah indeks glisemik, serta mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang seperti Glucerna® yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkan info di: https://abbottnutrition.com.my/products/glucerna

Sumber dari Kosmo!

 

Namun, mengikut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan kes diabetes di kalangan orang muda meningkat sebanyak hampir 17 peratus pada tahun 2020.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90