Top Ad 728x90

23 Julai 2021

, , ,

Astro perkenal Ultra Plug & Play Box

ultra box, ultra plug & play box, plug and play box

 

Astro memperkanalkan kotak televisyen baharu, Astro Ultra Plug & Play Box yang membolehkan pelanggan mengakses semua kandungan yang ditawarkan Astro menerusi sambungan internet tanpa menggunakan piring satelit.

Fungsi dan reka bentuk kotak tersebut hampir sama seperti kotak Ultra dan Ulti yang diperkenalkan hampir dua tahun lalu dan apa yang membezakannya ialah Astro Ultra Plug & Play Box boleh dipasang sendiri secara mudah oleh pengguna.

Pengguna hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk memasangnya sendiri di kediaman masing-masing. Perkhidmatan Astro Ultra Plug & Play Box ditawarkan pada harga bermula dari RM49.06 sebulan menerusi pakej Starter Pack dengan kontrak selama 24 bulan.

Bagi pelanggan Astro sedia ada dengan bil bulanan melebihi RM100 sebulan boleh mendapatkan kotak baharu itu secara percuma.

Pelanggan hanya perlu memesan kotak ini menerusi laman web Astro : https://product.astro.com.my/tv dan ia akan dihantar ke kediaman pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier dalam tempoh 72 jam.

Buat masa ini servis ini ditawarkan di Semenanjung namun ia akan diperluaskan tidak lama lagi ke seluruh negara.

Maklumat lanjut, anda boleh layari : https://product.astro.com.my/tv

 

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90