Top Ad 728x90

7 Julai 2021

, , , , , ,

Cara Letak Meta Tag Tajuk di Blog

cara letak meta tag di blog

 

Meta tag sangat penting untuk mempengaruhi kejayaan blog supaya diindeks oleh enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Dengan mengubah Meta Tag, blog akan akan lebih mesra dengan enjin carian (search engine). Saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk meletakkan Tajuk Entry/Post di bahagian hadapan Tajuk Blog anda.

Apabila kita menggunakan enjin carian (search engine), apa yang akan dipaparkan dalam keputusan carian tersebut ialah Tajuk/Nama Blog kita akan di depan diikuti dengan Tajuk Post/Entry kita. Setelah menukar Meta Tag tersebut, Tajuk Post/Entry kita akan berada di hadapan dulu, kemudian diikuti dengan Nama/Tajuk Blog kita. (Contoh Blog Adha).

Ianya akan memberi kelebihan kepada setiap Tajuk Post/Entry kita untuk diindeks terlebih dahulu berbanding dengan Nama/Tajuk Blog kita. Meta Tag sememangnya sesuatu yang amat berguna kepada sesiapa yang ingin mengaplikasikan teknik SEO supaya blog anda akan menjadi lebih mesra enjin carian (search engine).

Tutorial Cara Bagaimana Letak Meta Tag di Blog :-

    Pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

    Cari kod dibawah ini. Tekan Ctrl + F.

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>

     Bila sudah jumpa kod di atas, tukarkan kod tersebut dengan kod dibawah ini.

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Bila sudah siap, anda tekan button preview dan save.

Setting berjaya bila Tajuk Post akan keluar begini -> Tajuk | Nama Blog
Selamat mencuba :)



cara letak meta tag di blog, bagaimana letak meta tag di blog, tutorial letak meta tag di blog, cara ubah meta tag di blog, cara edit meta tag di blog, fungsi meta tag, cara pasang meta tag

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90