Top Ad 728x90

2 Ogos 2021

, ,

CIMB lancar akaun simpanan Islam digital Octopus

akaun simpanan octopus

 

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd melancarkan Akaun Simpanan-i CIMB OctoSavers, akaun simpanan Islam digital pertama bank itu, bersama dengan CIMB OctoDebit MasterCard yang baharu. Akaun-i OctoSavers disediakan khusus untuk kemudahan pelanggan baharu berikutan pembukaan akaun dan proses penyertaan dibuat sepenuhnya dalam talian, manakala kad debit akan dihantar kepada pelanggan, sekali gus memastikan pengalaman tanpa cawangan yang mudah, menurut bank itu.

Prosedur pembukaan akaun dalam talian sepenuhnya dapat dilakukan dengan memanfaatkan garis panduan Kenali Pelanggan Anda secara elektronik (e-KYC) Bank Negara Malaysia – dan CIMB dapat memenuhi keperluan untuk menjalankan usaha wajar pelanggan melalui cara elektronik, termasuk dalam talian dan saluran mudah alih.

Bank itu berkata, penyertaan digital yang menyeluruh dan baharu itu membantu untuk terus melindungi kesihatan pelanggan semasa pandemik ini berikutan mereka tidak perlu mengunjungi cawangan.

Pelanggan baharu yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan untuk Akaun-i OctoSavers melalui aplikasi CIMB Apply, yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan Apple App Store.

Proses pengesahan pelanggan melalui e-KYC akan dijalankan melalui aplikasi.

Sementara itu, pelanggan CIMB sedia ada yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan alamat di Malaysia boleh memohon untuk Akaun-i OctoSavers melalui laman web CIMB Clicks : www.cimbclicks.com.my

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90