Top Ad 728x90

12 Ogos 2021

,

Fenomena hujan meteor di Malaysia

hujan meteor perseids

 

Orang ramai dijangka dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun di mana kemuncak fenomena itu akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.

Agensi Angkasa Malaysia berkata, fenomena berkenaan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka pada malam 12 Ogos 2021.

“Semasa kemuncak fenomena itu berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam.

“Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena itu hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya,” katanya.

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Orang ramai juga boleh menyaksikan cerapan fenomena itu secara langsung di Dark Sky Malaysia malam ini pada pukul 8.00 malam.

Sumber dari Kosmo!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90