Top Ad 728x90

23 September 2021

,

Covid-19 semakin mudah disebar melalui udara

covid-19 varian alpha mudah tersebar

 

Satu kajian dalam jurnal Clinical Infectious Diseases di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Maryland, Don Milton menunjukkan bahawa varian SARS-CoV-2 atau Covid-19 semakin mudah merebak melalui udara.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai disaran memakai pelitup muka yang lebih ketat selain memastikan pengaliran udara yang baik serta mendapatkan suntikan vaksinasi.

Kajian yang diketuai sekumpulan penyelidik dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat itu mendapati mereka yang dijangkiti varian SARS-CoV-2 menghembuskan nafas yang mengandungi virus.

Sementara bagi mereka yang dijangkiti dengan varian Alpha pula menghembuskan nafas yang mengandungi virus antara 43 hingga 100 kali lebih banyak berbanding yang dijangkiti virus strain asal.

Kajian yang diterbitkan itu turut mendapati bahawa kain pelitup muka yang longgar dan topeng pembedahan mengurangkan jumlah virus yang berada di udara kira-kira separuh daripadanya.

Kajian terbaharu menunjukkan bukti lebih lanjut mengenai penularan melalui udara. Ia menunjukkan bahawa varian semakin menular melalui udara dan kita harus memberikan pengudaraan yang lebih baik serta memakai pelitup muka yang sesuai selain mendapatkan suntikan vaksinasi bagi membantu menghentikan penyebaran virus ini.

Topeng pelitup muka mengurangkan zarah virus secara signifikan di udara. Bagaimanapun, kain pelindung dan topeng pembedahan yang longgar tidak menghalang virus yang dihembus oleh individu berjangkit daripada masuk ke udara.

“Covid-19 boleh berada dalam udara yang disedut dan pemakaian pelitup muka dapat mengelakkannya daripada dihembus kepada orang lain,” kata penulis bersama kajian itu, Jennifer German. 

Sumber : Portal berita Wion News

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90