Top Ad 728x90

6 Oktober 2021

, ,

Hospital mental berhantu dibuka untuk lawatan umum


Sebuah hospital pesakit mental di Georgia, Amerika Syarikat yang didakwa menyimpan pelbagai kisah misteri dibuka untuk sesi lawatan kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hospital berhantu..

Hospital tersebut  ditubuhkan pada tahun 1842. Ia menjadi satu daripada hospital sakit jiwa terbesar di dunia dan menempatkan lebih 12,000 pesakit pada tahun 1960-an.

Bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, kemudahan tersebut berdepan masalah kewangan selain para petugas mempunyai pemahaman cetek  mengenai kesihatan mental. Penghuni hospital itu juga didakwa  menerima pelbagai bentuk rawatan yang kejam.

Doktor-doktor dikatakan menggunakan pelbagai peralatan psikiatri pada ketika itu seperti lobotomi, kejutan insulin serta terapi renjatan elektrik.

Pesakit kanak-kanak dilaporkan dikurung di dalam kandang besi selain pesakit dewasa dipaksa menjalani rawatan mandian wap dan air sejuk, diikat menggunakan jaket pesakit mental serta dirawat menggunakan pancuran mandian.

Sehingga hari ini, hanya sebahagian daripada kawasan keseluruhan hospital itu masih beroperasi dengan kira-kira 300 pesakit dirawat.

Disebabkan sebahagian besar kawasan hospital itu dibiarkan terbengkalai dan tidak dibaiki, ia telah menarik perhatian ramai pemburu hantu yang ingin melihat sendiri keadaan hospital itu secara dekat.

Hospital itu akhirnya dibuka secara rasmi untuk sesi lawatan pada Januari tahun 2020 yang membolehkan pelawat berkunjung ke situ sebulan sekali.

Pengunjung berpeluang melawat ke seluruh bahagian hospital, diberi penerangan mengenai sejarah hospital itu dan merasa sendiri perasaan berada dekat dengan penghuni hospital.

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90