Top Ad 728x90

10 November 2021

,

Netflix kini di Astro

 

Astro tampil dengan ‘Pengalaman Baharu Astro’ bagi membenarkan pelanggan untuk melakukan penstriman Netflix di TV Astro dan berpeluang menikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro dam Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, pihaknya tampil dengan pembaharuan itu dalam menepati kehendak pelanggan yang tentunya menginginkan satu pengalaman baru di Astro.

“Dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kepelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, kami percaya, ia pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

“Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan.

“Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar,”katanya.

Menurut Euan, ciri-ciri terkini dan menarik disertakan pada penampilan Ultra Box membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro yang disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. 

 

“Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang,”katanya.

Euen berkata demikian pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Sementara itu, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro telahi direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.

“Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’.

“Tonton juga judul HBO seperti ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi.

“Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing,”katanya.

Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box.

Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.

Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.

Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.

Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja.

Layari laman web www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90