Isnin, 31 Januari 2022

Apa itu Notis CP500 LHDN

 



CP500 adalah satu notis yang LHDN serah kepada orang yang berniaga untuk bayar anggaran cukai secara ansuran. LHDN akan ambil anggaran itu dari pengisytiharaan cukai individu pembayar cukai pada tahun sebelumnya. 
 
CP500 ini untuk bisnes owner Enterprise sahaja iaitu Milikan Tunggal atau Parkongsian
 
Ansuran yang LHDN suruh bayar ni secara anggaran sahaja. Bayaran sebanyak 6 kali setahun iaitu setiap 2 bulan bermula bulan Mac. Jika anda tidak berpuas hati dengan anggaran dari LHDN ini, anda boleh isi CP502 untuk tukar jumlah ansuran tu. Kena pergi ke kaunter LHDN untuk berbincang.
 
Selepas isytihar, cukai sebenar lebih rendah dari ansuran yang dibayar. LHDN akan pulangkan balik lebihan duit pada pembayar cukai. Apabila dapat Notis CP500 ini, anda tetap kena bayar ansuran ini. Kalau gagal bayar, penalti akan dikenakan 10% atas nilai ansuran.
 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.