Khamis, 13 Januari 2022

Nasi dagang viral

 

Penutupan sementara waktu gerai nasi dagang adik beradik yang tular di kawasan Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam di sini tidak mendapat tekanan dari sebarang pihak sebaliknya adalah inisiatif dalam mengekang penularan Covid-19 ketika ini.

Peniaga tersebut, Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43 berkata, ini susulan pihaknya tidak dapat mengawal limpahan pelanggan yang datang ke gerai tersebut selepas tular sebelum ini.

Nasi Dagang Adik Beradik, Rezki Roda, Alam Perdana ditutup buat sementara waktu atas inisiatif mereka sendiri untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pelanggan.

Pihak mereka tidak dapat mengawal limpahan pelanggan yang datang. Dalam masa yang sama, mereka dalam proses untuk mencari lokasi perniagaan yang baru dan proses dokumentasi dengan pihak berkuasa tempatan.

Sebarang info akan dihebahkan melalui facebook ‘Nizam Munk. Muhammad Khairul Nizam yang merupakan anak jati Kampung Tengkawang, Kuala Berang Terengganu turut menegaskan, penutupan sementara perniagaannya itu tidak mendapat sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penutupan dan meminta peniaga berkenaan memohon lesen dengan pihaknya.

Terdahulu tular berhubung penutupan perniagaan nasi dagang tular berkenaan sehingga tarikh dimaklumkan kelak susulan tidak dibenarkan lagi beroperasi di tapak asal atas sebab-sebab tertentu selain dalam proses mencari lokasi perniagaan yang baharu.

Sebelum ini, Muhammad Khairul Nizam tidak menang tangan apabila perniagaan nasi dagangnya yang dijual menggunakan motosikal roda tiga ‘diserbu’ peminat juadah tradisional negeri Terengganu itu selepas video dokumentari berdurasi 10 memaparkan kisah perniagaan tular di Facebook.

Info dari Kosmo


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.