Resepi Kobis Masak Lemak Putih adalah masakan berkuah yang sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan dimakan dengan ikan dan ayam goreng. Ditambah dengan pencicah seperti budu dan sambal belacan.
Bahan-Bahan:
- 1/2 biji kobis bulat (hiris kasar)
- 1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
- 1 ketul tauhu (potong kiub) - pilihan
- 1 genggam ikan bilis,(rendam dan ditumbuk kasar) atau isi ikan yang direbus
- 1 biji cili besar (hiris nipis)
- 3 biji bawang merah (hiris nipis)
- 2 ulas bawang putih, (hiris nipis)
- 1 kotak santan
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk. Lepas itu, masukkan santan dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan lobak merah..
- Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Selamat mencuba!
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.