Jumaat, 11 Mac 2022

Bas elektrik pelancongan Melaka

 


Sektor pelancongan negeri ini terus dutambah baik selepas kerajaan negeri memperkenalkan perkhidmatan Bas Pelancongan Elektrik Singgah-Singgah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu juga adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar apabila menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Beliau berkata, sebagai tempoh permulaan, kerajaan negeri memberikan perkhidmatan percuma selama dua bulan bermula esok sehingga penghujung Mei 2022.

"Perkhidmatan percuma ini diberikan bagi meraikan rakyat Melaka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

"Sebagai permulaan hanya sebuah disediakan namun dijangkakan sehingga penghujung tahun ini tujuh buah bas lagi akan sampai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bas Pelancongan Elektrik Singgah-Singgah Negeri Melaka

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, Exco Pengangkutan Datuk Rahmad Mariman dan Pengerusi Panorama Melaka Datuk Roslan Ahmad.

Sulaiman berkata, bas itu yang akan melalui enam hentian kawasan pelancongan dijangka dinikmati oleh kira-kira 290,000 orang dalam tempoh setahun.

"Bas elektrik ini akan melalui enam'pit stop' di kawasan pelancongan, kawasan bersejarah UNESCO hingga ke Pantai Klebang antaranya akan bergerak dari Melaka Sentral menuju ke Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam serta Dataran Klebang.

"Namun harga dan pakej Bas Singgah-Singgah ini akan diumumkan kemudian selain dalam tempoh ini (perkhidmatan percuma) kita turut akan buat kajian melihat apa kelonggaran atau halangan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, diharap dengan adanya perkhidmatan bas elektrik ini juga ia akan menjadi ikon dan produk baharu Melaka sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Sumber dari Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.