Jumaat, 22 April 2022

Apa yang perlu dibuat bila terperangkap dalam ruang pengeluaran ATM

 



Tujuh orang awam dilaporkan terperangkap di dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Bandar Baru Sungai Buloh pada tengah malam Jumaat, 22 April 2022.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya tiba di lokasi pada jam 12.15 tengah malam sebaik menerima panggilan pada jam 12.09 tengah malam.

Setiba di lokasi, bomba mendapati orang awam terperangkap di dalam ruang pengeluaran ATM berkenaan dipercayai selama kira-kira setengah jam.

Anggota bomba bertindak menghubungi 'hotline' bank berkenaan untuk memaklumkan ada mangsa terperangkap di ruang berkenaan.

Pihak operator bank memaklumkan kepada bomba, mangsa yang terperangkap perlu menekan butang kecemasan sahaja di dalam ruang pengeluaran itu bagi membuka 'roller shutter'.

Sebaik 'roller shutter' terbuka semua mangsa dapat keluar dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Sumber dari Berita Harian


         

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.