Khamis, 21 April 2022

Makan sambil minum air, lemahkan tenaga batin

 


Seorang bekas guru silat dari Kuala Nerang, Kedah berusia 98 tahun menasihatkan orang ramai terutamanya golongan muda supaya tidak makan sambil minum air kerana didakwa memberi kesan sampingan seperti lemah anggota badan termasuk tenaga batin.

Mat Piah Musa yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 13 kali sejak usia 25 tahun berkata, dia sering menegur mereka yang didapati melakukan amalan tersebut terutama anak dan cucunya.

Selain itu, dia yang lebih dikenali sebagai Tok Wan berkata, mereka yang ingin sentiasa sihat perlu bersenam dan melakuan aktiviti yang mengeluarkan peluh supaya badan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Jangan makan sambil minum air kerana bukan sahaja melemahkan anggota badan, tetapi, turut memberi kesan kepada tenaga batin. Sebaliknya, lakukan amalan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan bersenam. Tok Wan mengamalkan amalan itu sejak muda lagi.

Hasil perkahwinan dengan 13 isteri, Mat Piah dikurniakan tujuh anak, 30 cucu dan 18 cicit.

Warga emas itu mendakwa, usia sebenarnya adalah 106 tahun berbanding dengan usia berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalannya kini tinggal berseorangan selepas kematian isterinya lima tahun lalu.

Selain itu, Mat Piah yang pernah dianugerahkan Tokoh Seni Pendekar pada 2004 di peringkat kampung itu berkata, dia juga sentiasa makan ulam-ulaman selain nasi dan lauk gulai.

Sumber dari Utusan


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.