Jumaat, 1 April 2022

Permohonan Peranti Siswa pada April 2022

 



Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula April 2022.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

Golongan miskin dan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan boleh memohon mendapatkan peranti yang boleh mereka gunakan semasa belajar.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Annuar berkata, pelaksanaan program itu akan dikawal selia oleh satu unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan fasa pertama ‘roll-out’ program itu dijangka seawal Jun 2022 ini.

Permohonan kepada mereka yang layak berasaskan satu pangkalan data telah terkumpul dan sekiranya ada data yang tidak lengkap dan nama tercicir maka satu proses rayuan akan dibenarkan.

Kita berharap ia juga akan mendapat kerjasama untuk dibuat pengesahan dan sokongan oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai daerah dan pegawai universiti bagi memastikan tiada yang tercicir untuk mendapat kemudahan ini.

Jelasnya, peranti yang akan diberikan secara percuma itu juga akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khusus termasuklah kapasiti minimum tidak kurang 4RAM selain dibekalkan bersama aksesori lain seperti papan kekunci.

Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar selepas sesi penggulungan itu, Annuar berkata, satu unit akan dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengendalikan pangkalan data berkaitan jumlah pelajar yang layak menerima peranti berkenaan.

Beliau turut mencadangkan 10 peratus daripada jumlah PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu diagihkan kepada pelajar mengikut kes tertentu.

Sekiranya ada kapasiti dan ada lebihan (peranti), kita akan simpan untuk kes-kes yang tertentu, misalnya pelajar miskin dan pelajar amat miskin tapi tidak termasuk dalam kategori program Ijazah, Diploma dan sebagainya.

Kes lain pelajar lepas ijazah, ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tidak mampu atau dia pelajar program pensijilan tertentu tapi benar-benar datang daripada keluarga miskin. Selain itu, kategori pelajar yang dia tak miskin tapi terjejas akibat bencana, itu boleh juga dipertimbangkan,” katanya.

Permohonan boleh dibuat di : https://perantisiswa.kkmm.gov.my



0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.