Sabtu, 30 April 2022

Teh bantu cegah kanser dan sakit jantung

 


Sebuah kajian terbaharu mendedahkan bahawa minuman teh boleh dijadikan ‘ubat’ untuk melawan kanser dan penyakit jantung selain mengurangkan risiko demensia, lapor akhbar The Sun.

Pakar-pakar menyatakan, secawan teh boleh mengurangkan tekanan dan membantu badan manusia melawan kuman.  

Keputusan kajian itu akan menggembirakan rakyat Britain yang gemar minum teh. Rakyat negara itu minum sekitar 100 juta cawan teh sehari.

Minuman ini mudah diselitkan pada diet seseorang dan menjadikan hidup mereka bertambah sihat dan panjang, kata penyelidik kajian, Dr. Taylor Wallace.

Dalam pada itu, Majlis Teh Amerika Syarikat (AS) menemui manfaat sebatian flavonoid yang didapati pada teh hitam, teh hijau dan teh herba. Teh dapat menguatkan sistem imunisasi dan membantu peminumnya  melawan jangkitan bakteria atau virus.

Kajian berasingan yang dilakukan di Australia pula mendapati mereka yang minum antara satu hingga lima cawan teh sehari mempunyai risiko demensia lebih rendah. Teh juga boleh mengurangkan tekanan dalam jangka pendek dan membantu manusia untuk lebih fokus. 

Kajian selanjutnya mendapati secawan teh yang diminum pada setiap hari boleh mengurangkan risiko strok atau penyakit jantung sehingga empat peratus dan kematian pada usia muda sebanyak 1.5 peratus.

Kajian tersebut juga mencadangkan bahawa flavonoid boleh membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser pada usus.

Terdapat kajian pada badan manusia yang menunjukkan teh boleh meningkatkan kesihatan manusia dalam pelbagai cara,’’ kata pakar perubatan, Dr. Jeffrey Blumberd dari Universiti Tufts di Boston, AS. 

Sumber Berita Agensi

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.