Sabtu, 21 Mei 2022

SK Mengabang Telipot dalam kenangan

 


Petang tadi selepas balik dari Warung Pok Nong, lalu depan sekolah ini. Jadi, tunjuklah dekat Umar, Uwais dan Maryam yang ini sekolah Papa dulu dari tahun 1983-1988. Papa dibesarkan dengan orang Mengabang Telipot walaupun Papa orang Gong Badak.

Sekolah ini tak terkenal pun. Tapi sekolah ini telah banyak membantu Papa pandai membaca dan menulis. Memasuki Tahun 1 Merah (Kelas paling belakang) kerana Papa langsung tidak boleh menulis dan membaca. Ini kerana Papa tak masuk Tadika ketika itu kerana di Gong Badak belum ada tadika. Sekolah rendah dan menengah pun belum ada.

Masa di Darjah 1 (1983), Cikgu Sabariah Taha (nama yang tidak akan Papa lupa) yang banyak membantu dan sabar mengajar Papa. Alhamdulillah, masuk Tahun 2 sudah boleh mula membaca dan menulis. Ketika itu dapat lompat ke kelas 2 Kuning (Kelas di tempat ketiga). Tahun 3 pun di Kelas 3 Kuning. Zaman dulu kalau dapat nombor 1 dan 2 dalam peperiksaan pelajar akan lompat kelas. Sekarang dah takde sistem macam tu, murid pandai dan tak pandai bercampur dalam satu kelas.

Masuk ke Tahun 4 sekali lagi dapat lompat ke kelas 4 Hijau dan 5 Hijau (Kelas di tempat kedua). Paling yang Papa tak sangka, masa di Tahun 6, Papa dapat lompat ke Kelas 6 Biru (Kelas nombor satu) sebelum menduduki UPSR (Generasi Perintis KBSR) pada tahun 1988.

Pernah dilantik sebagai Pengawas Bilik Rawatan dan menyertai Pertandingan Pidato, SKMT (ketika itu) dan dikenali sebagai MeTelitS (sekarang) pasti tidak akan Papa lupakan sampai bila-bila. Cikgu pun baik-baik.

Kepada anak-anak yang lambat belajar, jangan rasa rendah diri dan cepat putus asa, walaupun kita kurang pandai pada mulanya, tidak semestinya kita akan selamanya tak pandai. Berusahalah.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.