Sabtu, 21 Mei 2022

Warung Pok Nong

 



Kepada yang berhajat untuk pergi makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Warung Pok Nong, Mengabang Telipot. Saya ada sedikit nasihat.

Warung ini dibuka jam 3.00 petang sehingga jam 7.30 malam, setiap hari kecuali hari Selasa TUTUP. Jangan datang hari Selasa. Warung Pok Nong menggunakan sistem nombor giliran. Ketika kita masuk, kita akan diberi nombor giliran untuk mengambil ikan, udang atau sotong celup tepung. Nombor akan dipanggil mengikut giliran. Anda boleh menunggu di meja masing-masing.

Nak ambil air kena beratur. Tak perlu pakai nombor. Mee goreng, nasi lemak, kuih dan makanan lain (selain ICT) boleh terus ambil dari tempatnya. Bayar selepas makan, makan dulu kenyang-kenyang.

Jika meja sudah penuh, anda perlu menunggu di luar kedai (beratur) sehingga ada meja kosong. Jadi, saya nasihatkan anda datang seawal pukul 2.30 petang untuk mendapat tempat duduk. Kalau lambat, terpaksalah menunggu lama. Hari biasa pun ramai.

Jika tak sanggup menunggu lama, jangan risau. Masih ada kedai ICT lain berhampiran yang anda boleh pergi. Sedap juga. Selain Pantai Mengabang Telipot, anda juga pergi ke Pantai Teluk Ketapang (Airport), Pantai Kelulut (Marang), Pantai Penarik (Setiu), Pantai Bukit Keluang (Besut) dan Pantai Geliga (Kemaman).

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.