Jumaat, 17 Jun 2022

Proton lancar X70 2022 bermula harga RM93,900

 


Proton telah melancarkan model Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) X70 dengan enjin baharu hari ini pada harga bermula RM93,900.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, Proton X70 2022 yang menawarkan penggayaan yang diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari SUV yang menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api.

Katanya, SUV terlaris di Malaysia kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.

“PROTON bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.

“Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli,” katanya.

Tambahnya, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm.

“Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7 peratus dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD, dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza,” ujarnya. 

Sumber dari Kosmo!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.